Friday, 22 February 2013

American Idol 2013




What can we say about American Idol 2013....?

American Idol merupakan salah satu rancangan realiti TV yang ulung dan mungkin menjadi antara the best 10 program ever produced in the world. Buktinya, ramai toplist hollywood artist datang dari program ini. Kelly Clarkson, Carrie Underwood, Jennifer Hudson, Katharine McPhee, Chris Daughtry, David Cook, Jordin Sparks, David Archuleta, Kris Allen, Phillip Phillips dan ramai lagi antara nama yang kini menjadi pujaan ramai. Apa yang pasti, rancangan realiti tv yang kini mencecah usia yang ke-12 ini banyak menyumbang kepada penjanaan artis berkualiti tinggi yang diiktiraf dunia.

Namun, hari demi hari, musim demi musim, rancangan ini seakan luntur imej dan auranya apabila variety program yang mengetengahkan bakat nyanyian anak muda kian melambak diterbitkan seperti The Voice, The X-Factor USA, dan juga The Sing-Off. Namun apa yang pasti, American Idol tetap relevan dan pastinya jangka hayatnya mampu mencecah sekurang-kurangnya sedekad lagi.

Tetapi, demi mengejar pembaharuan yang lebih dramatik dan lebih diminati ramai, pihak produksi program ini telah banyak mengubah dan meperbaharui konsep perjalanan program dan ada kalanya cetusan idea baru mereka seakan menjadi, dan ada kalanya tidak. Lihat saja kepada format yang diperkenalkan pada musim ke-8 program ini. Dengan memberi peluang kepada 36 artis mara ke pusingan Live Show, konsep seperti ini dilihat sedikit padat dan agak bercelaru dengan rata-rata peserta tidak memperoleh banyak manfaat atau kelebihan di mana, persaingan yang perlu ditempuhi agak ramai bilangannya.

Tetapi, pujian harus diberikan untuk konsep yang mula diperkenalkan pada musim ke-4, iaitu The Best 12 Guys, and Girls, dan mereka perlu mengharungi 3 Live Show yang berbeza untuk mara ke pusingan 12 terbaik. Konsep seperti ini bukan sahaja memberi ruang untuk orang ramai melihat persembahan seseorang peserta dengan lebih terperinci, malah mereka juga dapat mengenali peserta-peserta tersebut dengan lebih dekat. Namun konsep seperti ini hanya bertahan sehingga musim ketujuh, sebelum ianya diguna pakai semula untuk musim kesembilan. Tetapi saya haru memuji konsep yang digunakan pada musim ke 10 dan ke 11 di mana peserta-peserta bukan saja terpaksa mengharungi pusingan ujibakat di Hollywood, malahan terpaksa berhempas pulas memenangi hati para juri di pusingan ujibakat Las Vegas. Ini sudah pasti memberi peluang buat bakat-bakat peserta ditonjolkan dalam sisi dan genre yang berbeza.

Musim 2013, merupakan musim di mana panel juri telah dirombak semula selepas kontrak Jennifer Lopez dan Steve Tyler telah ditamatkan. Sebagai ganti, Diva Whistle Amerika, Mariah Carey, good-charm Country singer, Keith Urban dan Showgirl, Nicki Minaj telah dipilih untuk menemani juri yang paling lama berkhidmat dalam rancangan realiti ini iatu, Muzik producer, Randy Jackson. Ketiga juri yang baru itu mungkin masih hijau dalam arena rancangan realiti televisyen namun, kepakaran mereka dalam menyelia, menguji dan menjadi mentor kepada peserta American Idol mungkin menjadikan program ini lebih dinamik. Biarpun, sering bercanggah pendapat, namun panel kali ini lebih segar dan lebih telus dalam memberikan komen dan kritikan kepada para peserta.

Rata-rata peserta yang layak ke pusingan Hollywood audition mempunyai identiti dan personaliti yang segar dan meyakinkan. Lihat sahaja kepada pusingan audition Ashley Smith dan Mariah Pulice, kedua-duanya mempunyai aura berada di kedudukan 12 terbaik, namun disebabkan persediaan yang kurang rapi dan kesilapan memilih lagu yang sesuai menyebabkan mereka tersingkir. Tetapi rata-rata yang mara ke pusingan berkumpulan sangat meyakinkan. Tetapi, this time around, mereka yang layak ke group round terpaksa akur dengan keputusan pihak produksi apabila mereka terpaksa berada di kumpulan yang telah ditetapkan either You like it or not!!! Namun, most of the can cope well with their group even ada percanggahan pendapat berlaku dalam pusingan ini. Tetapi sekali lagi, kadang-kadang mungkin disebabkan favoritism, ada sesetengah peserta yang kurang menyerlah tetapi punyai bakat disingkirkan dan sesetengah yang dikatakan mempunayi element 'artistry' yang tinggi disingkirkan begitu saja. That is what we call as the real world of reality show!

Afterwards, selepas pusingan group selesai, mereka perlu pula menjalani ujibakat solo with the band yang mana ianya agak berbeza dengan ujibakat Hollywood yang pertama iaitu Solo 'acapella'. Di sini, juri akan menilai peserta yang mempunyai aura dan kelebihan dari segi showmanship, artistry yang tinggi, vocal ability dan juga mungkin likeable factor?!! Di pusingan ini banyak bakat besar yang mara ke pusingan Top 40 antaranya Angela Miller, Janelle Arthur, Shubha Vedula, Lazaro Arbos dan banyak lagi. All of them were fighting for the spot and some of them really did it beyond judges expectation contohnya seperti Angela Miller yang menyanyikan lagu ciptaannya sendiri berjudul 'You Set Me Free” yang diinspirasikan daripada kisah dirinya yang penuh dengan liku. She did it well and everyone in the hall applauded her with a respected standing ovation!

For more, selepas the top 40 diumumkan, mereka semua berjaya mara ke pusingan ujibakat Las Vegas yang mana kali ini pusingan ujibakatnya agak berbeza. Mereka akan dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 10 artis. Tambahan pula, mereka akan membuat persembahan dihadapan live audience dan ini pastinya menjadi salah satu tekanan terbesar buat rata-rata mereka. Kumpulan pertama yang membuat persembahan adalah kumpulan wanita, dan kemudiannya kumpulan lelaki dan seterusnya.

Keputusan pula akan diberitahu sejurus selepas kesemua peserta mempersembahkan kehebatan mereka dihadapan juri American Idol. Dalam kumpulan pertama, antara peserta yang dikumpulkan dalam kumpulan ini adalah Isabelle, Shubha Vedulla, Angella Miller, Amber Holcomb, Kree Harrison, Adriana Latonio, Kamaria Ousley, Jenny Beth Willis, Brandy Hotard dan Tenna Torres. Everyone did good, and even some of them really step up from their comfort zone contohnya seperti Kree Harrison yang mempamerkan aksi bertenaga dan meyakinkan. Alunan suaranya yang begitu menakjubkan membuatkann persembahannya seakan hidup dan mempunyai keunikan yang tersendiri. Namun ada peserta yang agak rapuh persembahannya seperti Kamaria Ousley dan Brandy Hotard. Prestasi mereka seakan kian rapuh dan kurang bertenaga.

Angela Miller yang gemar menyampaikan alunan lagu dari Jessie J seperyi biasa mempersonakan dan keempat-empat juri dengan yakinnya meletakkan Angela sebagai antara the best contenders in the competition dan mensasarkan untuknya berada di kedudukan 3 terbaik. Dua rakan baik, Shubha Vedulla dan Adriana Latonio juga tidak kurang hebatnya dengan menyampaikan persembahan yang sangat meyakinkan dan kedua-dua mereka mempunyai peluang yang cerah untuk mara. Kemudian, country-girl, Jenny Beth Willis membuat persembahan yang agak hambar tetapi masih lagi berada di tahap kawalan yang meyakinkan. Tenna Torres yang merupakan antara peserta tertua di pertandingan ini juga tidak ketinggalan dalam membuat persembahan yang agak mantap dan dengdangan lagunya yang berjudul Soulmate memang betul-betul ikhlas. Isabelle yang sentiasa memberi persembahan yang mantap tidak ketinggalan meyakinkan para juri dengan lenggokan suaranya yang agak klasik dan sempurna cuma ianya agak sudah diramal. Persaingan kumpulan pertama berakhir dengan persembahan dari Amber Holcomb yang pernah mencuba nasib pada musim lepas namun gagal mara, dan kini dia cuba membuktikan kebolehan dia dalam pertandingan yang banyak menghasilkan artis berkualiti tinggi.

Selepas tamatnya Amber Holcomb membuat persembahan, keempat-emapt panel juri berhadapan dengan masalah untuk membawa lima peserta yang akan layak ke pusingan seterusnya. Seorang demi seorang peserta yang telah membuat persembahan tampil untuk mengetahui keputusan sama ada layak atau tidak. Akhirnya, lima peserta yang unggul, dan mempunyai peluang untuk merangkull kejuaraan musim kedua belas pertandingan berprestij ini ialah; (Mengikut persembahan terbaik; Angela Miller, Amber Holcomb, Adriana Latonio, Kree Harrison dan Tenna Torres. Malam ini giliran kumpulan pertama lelaki, dan siapakah yang akan mara? We will see the results in this closest time for sure!

I will update with more comment, in sight and also opinion on American Idol Season 12.. Holla!



No comments:

Post a Comment