Thursday, 25 April 2013

The Top Diva Competes!!

American Idol 2013 Top 4 Performance reviews:-

Well, sekarang sudah pun tiba waktunya untuk we revealed who should move on to the top three round, but first we have to review the top 4 performances this week. And for me, I'm evaluating those future-idols in five different criteria which are vocal ability, performances, emotion, appearances, and crowd+judge quick reaction. So, lets we review the fairest four idol left.

1. Amber Holcomb (The Power of Love)

Vocal Ability : 7
Performance : 5
Emotion : 5
Appearances : 5
Reactions by others : 8
Grade :  30/50 (B-)

2. Candice Glover (Find your Love)


Vocal Ability : 8
Performance : 4
Emotion : 6
Appearances : 4
Reactions by others : 5
Grade :  27/50 (C+)

3. Kree Harrison (It Hurt So Bad)


Vocal Ability : 6
Performance : 7
Emotion : 6
Appearances : 5
Reactions by others : 5
Grade : 29/30 (C+)

4. Angie Miller (Who You Are)


Vocal Ability : 7
Performance : 8
Emotion : 8
Appearances : 7
Reactions by others : 8
Grade : 38/50 (B+)

So, as for round one, Angie Miller lead the competition while followed by Amber Holcomb in second, Kree in third while the always hit-the-note diva, Candice Glover placed last. Its seriously seeing the competition to be turn the other way around as the top seems to be a bit shaky and no improvement while the average kill their way to the top. So, round one its clear that Candice or Kree in jeopardy in leaving the Idol. But resume next is the duet performance!

5. Amber Holcomb & Kree Harrison (Rumors Has It)


Vocal Ability : 5
Performance : 5
Emotion : 5
Appearances : 5
Reactions by others : 5
Grade : 25/50 (C+)

6. Angie Miller & Candice Glover (Stay)


Vocal Ability : 7
Performance : 7
Emotion : 9
Appearances : 9
Reactions by others : 10
Grade : 42/50 (A-)

For the duet performance it is clear that Candice and Angie kill their duet well and it seems that the performance is fill with such a dramatic battle between both divas. Meanwhile the other duet, its kind a bit boring and I try to find the specialty there, but there is no magic happened! So, hoping for the weakest link to revive on the next and last round of the night!

7. Amber Holcomb (MacArthur Park)


Vocal Ability : 6
Performance : 6
Emotion : 5
Appearances : 6
Reactions by others : 6
Grade : 29/50 (C+)

8. Candice Glover (Emotion)


Vocal Ability : 7
Performance : 5
Emotion : 8
Appearances : 7
Reactions by others : 6
Grade : 33/50 (B-)

9. Kree Harrison (A Whiter Shade of Pale)


Vocal Ability : 7
Performance : 6
Emotion : 7
Appearances : 6
Reactions by others : 7
Grade : 33/50 (B-)

10. Angie Miller (Cry Me A River)


Vocal Ability : 6
Performance : 8
Emotion : 8
Appearances : 7
Reactions by others : 6
Grade : 35/50 (B+)

As for the last round, Angie still prove us that she is the leaders of the pack with all three performance that she gave to us is rounded as excellent, while Amber Holcomb, Candice Glover and Kree Harrison is the bottom placed but advantages are on Kree and Candice as both scored well in their last performance than Amber. It might be Amber in the jeopardy but who knows, American still have the power to shift the results up side down. So, based on the performances the all four give to us, it shown that:

1. Angie Miller (115/150)
2. Candice Glover (102/150)
3. Kree Harrison (87/150)
4. Amber Holcomb (84/150)

So, votes now! And my prediction will be Angie, Candice ad Kree in the top three but for sure if Amber eliminated, the judges will use the SAVE! So, dont worry there will be other top four round next week!!!










Sunday, 14 April 2013

AMBER, ANGIE, CANDICE, KREE & JANELL.... WHO WILL WIN?



FEMALE DOMINATION: YOUR TOP FIVE!!!

Penyingkiran Lazaro Arbos dari pentas American Idol minggu lalu memahat sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya peserta Top 5 terdiri daripada peserta 'mono-gender' yang mana sebelum ini sukar untuk dikesan perkara seperti ini berlaku. Kali terakhir berlaku adalah ketika American Idol musim ke-3 yang mana the top 4 was dominated by female. Kini, Angie Miller, Kree Harrison, Janell Arthur, Candice Glover dan juga Amber Holcomb merupakan the last female standings and they will fight with one and another in order to win the overall titles yang selama ini pernah menobatkan lebih sebelas juara.

Secara keseluruhannya setiap peserta mempunyai pros dan cons dalam menjadi juara dan its depends on them dalam bagaimana untuk memastikan mahkota yang diidam mereka mampu dijulang in their own way! So lets we reviews on their chances and their pros and cons on becoming American Idol musim ke-12.

  1. Amber Holcomb:-

Amber yang pernah mencuba nasib di musim kesebelas tampil segar dengan imej dan penampilan baru sehingga mampu memukau barisan juri musim kali ini. Amber yang secara generalnya mempunyai imej seksi dan attractive mempunyai aura tersendiri dalam memastikan personalitinya mampu diterima ramai. Dari segi suara, Amber berajaya mempelbagaikan range dan register suaranya dengan baik dan secara keseluruhannya tiada cela yang dapat dikesan. Mungkin secara peribadi, persembahan Amber masih lagi banyak perlu diperbaiki kerana setakat ini persembahan Amber seakan statik dan there is no emotion on her groove tapi disebabkan her flawless tone, sudah cukup untuk menutup segala cela yang dihadapi. Amber mempunyai peluang dan ruang untuk menjadi juara namun berdasarkan prestasi undian kini, Amber seakan tenggelam dan sudah dua kali berada di kedudukan Bottom 2. Namun, anything could happened sebab peminat kini lebih arif menilai peserta berdasarkan persembahan mingguan, dan in my prediction, I will put Amber as in 4th place overall.. Perhaps!


  1. Angie Miller:-

Angie Miller nama yang gah dan sering diingati melalu persembahannya yang memukau di pusingan Hollywood Week, Angie seorang yang mempunyai aura superstard dan mempunyai trend atau gaya tersendiri ketika mempersembahkan persembahan yang bertenaga. Tidak pernah gagal memberikan yang terbaik, gadis yang berasal dari Beverly ini mempunyai peluang yang paling cerah dalam menggegam kejuaraan edisi kali ini selepas sentiasa berjaya memberikan persembahan yang fair. Namun, buat masa ini, Angie dikecam hebat denagn persembahan peserta yang tinggal namun, kelunakan suara Angie yang mantap selain sentiasa memukau orang ramai menerusi sisi persembahan yang baik sentiasa meletakkan dirinya selaku antara yang terbaik musim ini. Keempat-emapt juri percaya dan yakin akan kemampuannya membawakan persembahan diiringi Piano kerana dari situ Angie mampu membawa penonton ke satu dimensi yang sangat bertenaga dan ikhlas bentuk persembahannya namun, as what I am wishing for her right now is that Angieperlu step her strategy a bit up and stay it that way as I am absolutely feel that Angie will bring the crowned away from the other hopeful and she is the next American Idol for sure. So, for that I am predicting her as the Winner of the pack (Hope So!!!!).


  1. Candice Glover:-

Candice yang pernah menguji nasib di musim lalu tampil berbeza musim ini dan setiap persembahan yang dilakukan olehnya berjaya disampaikan dengan penuh bertenaga. Sehinggakan rata-rata persembahan Candice layak disenaraikan antara The Best Performance in AI history, namun kadang-kadang Candice tampil cliché dan seakan goyah, dan mungkin ini membuatkan dirinya dalam berada di lingkungan yang mampu meletakkan dirinya berada di kedudukan bahaya, but how knows right! Candice seorang yang stellar when it comes for vocal ability but stage performance, she quite dull and a bit static! But she had what it takes to be at the top, and for that I wishing her to be as the 3rd in the competition.

  1. Kree Harrison:-

Gadis yang mempunyai kelunakan suara yang merdu dan gemersik ini layak untuk berada di Finale American Idol namun untuk menang, Kree memerlukan lebih banyak masa dalam memantapkan diri menjadi seorang SUPERSTAR. Kree seorang yang sangat loveable dan calm, selain mampu memberikan sisi persembahan yang menakjubkan, tetapi sehingga kini masih Kree masih gagal menyerlahkan aura penghibur dalam dirinya. Emotion wise she is the top of the pack, but artistry quality, hurm, she may be at the least spot. But however, I am predicting her to finish on the 2nd spot. Hopefully!!!

  1. Janell Arthur

Last but not least is Janell yang sudah mencuba nasib buat kali ketiga di medan American Idol. Tampak gadis berusia 24 tahun ini periang dan positif namun kadang kala Janell mempamerkan sedikit aksi kurang mantap dan melihat kepada peluang untuk menang, Janell pasti ada ruang selepas menajadi satu-satunya peserta Country yang tinggal dan ini memberi peluang untuknya mempamerkan aksi lebih mantap, tetapi saingan Janell bukan calang-calang, kerana Angie, Kree, Candice dan Amber kesemuanya mempunyai kualiti yang lebih mantap berbanding Janell dalam merebut mahkota Juara American Idol buat tahun kesebelas. Walaubagaimanapun, I am predicting that she may be the first female that will go home based on her performances, but ANYTHING COULD HAPPEN?!!

So, that's all my review on the Domination of Female in American Idol Season 12 Top 5, and based on the review, its pretty sure that the best top three for the season go to Angie Miller, Kree Harrison and also Candice Glover, but Amber Holcomb and also Janell Arthur have what it takes to be on top though, but hopefully everything goes well as like what have been predicted earlier. So, dont forget to turn on to American Idol and get the latest scoop on this phenomenal show by Googling it!!! hehehehehe.

Until next time, I'm out!!!! :)


Wednesday, 3 April 2013

SEA GAMES: The research by me!

SEA GAMES: The research by me!


Dalam setiap edisi Sukan SEA pastinya pihak penganjur atau hos akan mengugurkan beberapa acara sukan bertaraf olimpik dan mengantikannya dengan sukan tradisional yang mana mereka percaya penyertaan sukan seperti ini mampu memberi ruang untuk mereka meraih lebih banyak pingat. Hal ini berlaku selepas Manila menjadi tuan rumah kepada acara sukan berprestij di peringkat asia tenggara melalui pengenalan acara Arnis.

  1. Arnis (Sukan Mempertahankan diri dari Filipina)

Walaupun sukan Arnis pernah diperkenalkan pada Sukan SEA tahun 1991 sebagai sukan pertunjukkan yang mana rata-rata acara di dalam sukan tersebut dimonopoli peserta Filipina, usaha Manila ke arah memelihara dan memperkenalkan sukan Arnis sebagai salah satu sukan mempertahankan diri berjaya dikecapi apabila buat pertama kalinya sukan tersebut berjaya disenaraikan sebagai antara sukan utama dalam Sukan SEA Manila 2005.

Kejayaan Manila mengenengahkan sukan tradisi mereka ini disusuli dengan penyertaan negara-negara terlibat seperti Vietnam, Singapura, Kemboja, Timor Leste dan juga Thailand. Dalam sukan tersebut yang acap kali diperkenal itu mengandungi enam jenis acara yang dipertandingkan antaranya:


  1. Men's full contact sparring (up to 71 kg)
  2. Women's full contact sparring (up to 52 kg)
  3. Men's anyo one stick individual (Single stick form)
  4. Women's anyo one stick individual (Single stick form)
  5. Men's anyo two sticks team (Double stick synchronized team form)
  6. Women's anyo two sticks team (Double stick synchronized team form)


Filipina yang agak optimis mampu menggondol emas untuk keenam-enam acara, gagal menepati sasaran malah hanya sekadar mampu meraih tiga pingat emas dan tiga pingat perak sementara, Vietnam yang masih baru dalam sukan tradisional ini menyerlah dengan menyamai jumlah pungutan pingat Filipina, 3 emas dan 3 perak.

Lagi membanggakan apabila negara seperti Timor Leste yang tidak mempunyai sebarang asas dalam sukan Arnis dan hanya berlatih seminggu sebelum Sukan SEA Manila bermula berjaya memungut 3 pingat gangsa dan hal ini mendapat reaksi yang agak baik dari pihak penganjur dan menyifatkan pengenalan sukan tradisional seperti Arnis ini mampu melonjakkan lagi seni budaya sesebuah negara ke arah positif selain dapat mencontohi beberapa sukan mempertahankan diri dari Asia Timur seperti Karate, Judo, Wushu dan Taekwondo yang kian menjadi acara sukan tumpuan dunia.

Namun, di sebalik kejayaan Arnis diangkat selaku sukan tradisional yang berjaya mencapai misi dan visi pihak penganjur, sesetengah wakil negara lain beranggapan pengenalan sukan tradisional seperti ini seakan tidak relevan dalam memantapkan atlit serantau dengan acara sukan bertaraf dunia atau olimpik.

Tambahan lagi, selain sukan Arnis, sepanjang penganjuran Sukan SEA juga, terdapat beberapa sukan tradisional yang turut dipertandingkan antaranya Pencak Silat yang kian mendapat sambutan negara terbabit selain menjadi antara acara wajib dipertandingkan di Sukan SEA sejak 1977 lagi. Muay Thai dan perlumbaan bot tradisional juga menjadi antara acara wajib dipertandingkan. Malaha terbaru di Sukan SEA Palembang lebih banyak lagi acara sukan baru yang dipertandingkan antaranya Vovinam, Kenpo dan Bridge yang mana sukan-sukan seperti ini masih asing lagi di kalangan orang ramai.

  1. Vovinam (Sukan mempertahankan diri dari Vietnam)

Penganjuran Vovinam mula diperkenalkan selaku sukan teras di Sukan SEA pada temasya Sukan SEA di Palembang/Jakarta 2011 yang mana sukan ini masih lagi asing di kalangan negara anggota Sukan SEA, dan penglibatan sukan ini sedikit menarik minat ramai dan segelintir memberikan reaksi yang agak negatif akan kemasukan sukan ini.

Namun, menerusi penganjuran sukan ini di Sukan SEA Palembang 2011, Vovinam seakan diketahui umum dan seterusnya mendapat perhatian ramai sehinggakan ketika sukan inin dipertandingkan di Sukan SEA 2011, banyak negara yang menyertai sukan baru ini antaranya Vietnam, Indonesia, Kemboja dan juga Laos dengan lebih 14 acara dipertandingkan. Antaranya:-

  1. Teknik Serangan Kaki Putra
  2. Teknik Pertahanan Putri
  3. Tunggal Bersenjata Putra
  4. Tunggal Bersenjata Putri
  5. Tunggal Tangan Kosong Putra
  6. Tunggal Tangan kosong Putri
  7. Tarung 55 Kg Putra
  8. Tarung 55 Kg Putri
  9. Tarung 60 Kg Putra
  10. Tarung 50 Kg Putri
  11. Regu Bersenjata Putra
  12. Regu Bersenjata Putri
  13. Ganda Bersenjata Putra
  14. Ganda Bersenjata Putri

Dalam keempat belas-empat belas acara yang dipertandingkan Vietnam muncul juara keseluruhan dengan memungut lima pingat emas dan tujuh perak sementara Indonesia di tangga kedua dan Kemboja di tangga ketiga. Biarpun rata-rata negara ASEAN yang lain mampu meraih pingat, namun penyertaan yang sedikit seakan mencerminkan betapa asingnya sukan tradisional ini dari pengetahuan negara-negara anggota Sukan SEA.

Walaubagaimanapun, Sukan Vovinam masih lagi dikekalkan di Sukan SEA edisi 2013 di Myanmar yang mana pihak penganjur merasakan penyenaraian sukan ini mampu memberi ruang buat Myanmar meraih lebih banyak pingat biarpun edisi sebelumnya, Myanmar tidak menghantar sebarang wakil bagi sukan Vovinam.


Kontroversi on SEA Games:

Sepanjang penganjuran Sukan SEA, edisi 2005 menjadi antara penganjuran paling mendapat kontroversi dari segi reaksi wakil-wakil negara yang mana kejayaan Filipina meraih kedudukan terbaik keseluruhan menimbulkan keraguan terhadap rata-rata wakil negara, dan yang paling lantang menyatakan hal tersebut pastinya Perdana Menteri Thailand, Thaksin Sinawat yang merasakan pihak penganjur lebih mengutamakan kejayaan menggondol lebih banyak pingat dari mementingkan persaingan ke arah menjana semangat kesukanan yang tinggi. Namun, hal ini mendapat reaksi yang agak bercampur baur tambahan pula insiden seperti ini masih lagi berlarutan sehingga baru-baru ini penganjuran Sukan SEA di Myanmar hujung 2013 ini seakan menggemparkan rata-rata wakil negara Sukan SEA yang menyifatkan penguguran sukan gimnastik dan badminton sebagai satu kerugian kerana dua sukan tersebut merupakan sukan bertaraf olimpik.

Mengimbas kembali pada Sukan SEA edisi di Korat, mutu pengadilan yang sangat rendah ditambah kepentingan tuan rumah dalam menyebelahi atlit mereka tampak ketara dengan mudah menyusun jadual sukan dengan sewenang-wenangnya untuk keselesaan wakil tuan rumah selain, acara sukan yang diadili secara subjektif mudah dieksploitasikan pihak tuan rumah. Hal ini seakan menyimpang jauh dari objektif awal penganjuran sukan terbesar di Asia Tenggara sekaligus membantutkan pembangunan atlit di rantau ini.

Berdasarkan petikan artikel yang dikarang oleh wartawan Utusan Malaysia:-

“Kes tinju di Korat misalnya adalah berpunca daripada faktor dendam. Thailand memendam rasa apabila mereka menganggap diperlakukan secara tidak adil ketika di temasya 2005. Untuk meleraikan dendam tersebut, mereka bertindak melakukan lebih teruk daripada itu di mana akhirnya menyaksikan semua pingat acara tinju lelaki dimenangi oleh Thailand selepas enam petinju Filipina memulaukan perlawanan akhir acara itu.

Jika dendam menjadi ‘duri dalam daging’ kepada temasya ini, ia tidak akan berkesudahan sampai bila-bila dan akan menjadi api dalam sekam atau seperti gunung berapi yang menunggu untuk meletus jika tidak dibendung. Setakat ini dalam insiden beberapa kes rasa tidak puas hati, ia berakhir dengan bantahan dan paling serius pun membaling kerusi dan botol air ke dalam gelanggang pertandingan.
Tetapi jika dendam menjadi teras, sampai bila semangat kesukanan itu boleh bertahan apatah lagi untuk diselesaikan menerusi sikap profesional, semangat setiakawan dan hubungan erat antara negara bertanding. Semua faktor ini perlu diambil kira. Temasya seperti ini bukan hanya berkaitan kemenangan dan pingat emas tetapi perlu dilihat dalam konteks mewujudkan persaingan sihat demi pembangunan sukan di rantau ini.
Sewajarnya Thailand, Filipina, Brunei, Indonesia, Singapura, Malaysia, Laos, Vietnam, Kemboja, Myanmar dan Timor Leste kembali duduk semeja membincangkan semula hala tuju Sukan SEA.”


Mohd Taufek Razak, Utusan Malaysia


Hal ini secara jelasnya menunjukkan sikap kurang profesional yang dipersembahkan oleh pihak penganjur dan kesannya, pembangunan sukan serantau akan terbantut dan tidak mampu menyaingi kemampuan gergasi besar sukan dunia seperti China, Jepun, Rusia dan Amerika Syarikat. Hal yang demikian menyebabkan Sukan SEA dicanang sebagai sukan yang menampilkan lebih sisi rekreasi dari penganjuran sukan yang mampu diungkap selaku sukan yang punyai kaliber dan standard sehebat Sukan Asia, Komenwel dan jauh sama sekali Sukan Olimpik.

Selain daripada kontroversi seperti mutu pengadilan yang rendah, sikap berat sebelah pihak penganjur, dan sebagainya, kebanyakkan penganjur Sukan SEA juga berhadapan dengan masalah dana yang tidak mencukupi dan hal ini menyebabkan rata-rata sukan yang dipertandingkan tidak menepati piawaian yang ditetapkan badan sukan antarabangsa. Seterusnya juga, semangat kesukanan yang kurang memberangskan dipamer atlit yang bertanding menyebabkan objektif sebenar Sukan SEA dalam mempromosikan perpaduan melalui sukan di kalangan negara anggota seakan tidak berjaya dan gagal dicapai.


Sincerely, i am still undergoing this research as this is for the used of the upcoming program by the working station that I am working with now. So, enjoy your reading and hopefully you guys can reply me a feedback on whatever good for the development of my blog! Love :)