Dalam
setiap edisi Sukan SEA pastinya pihak penganjur atau hos akan
mengugurkan beberapa acara sukan bertaraf olimpik dan mengantikannya
dengan sukan tradisional yang mana mereka percaya penyertaan sukan
seperti ini mampu memberi ruang untuk mereka meraih lebih banyak
pingat. Hal ini berlaku selepas Manila menjadi tuan rumah kepada
acara sukan berprestij di peringkat asia tenggara melalui pengenalan
acara Arnis.
- Arnis (Sukan Mempertahankan diri dari Filipina)
Walaupun
sukan Arnis pernah diperkenalkan pada Sukan SEA tahun 1991 sebagai
sukan pertunjukkan yang mana rata-rata acara di dalam sukan tersebut
dimonopoli peserta Filipina, usaha Manila ke arah memelihara dan
memperkenalkan sukan Arnis sebagai salah satu sukan mempertahankan
diri berjaya dikecapi apabila buat pertama kalinya sukan tersebut
berjaya disenaraikan sebagai antara sukan utama dalam Sukan SEA
Manila 2005.
Kejayaan
Manila mengenengahkan sukan tradisi mereka ini disusuli dengan
penyertaan negara-negara terlibat seperti Vietnam, Singapura,
Kemboja, Timor Leste dan juga Thailand. Dalam sukan tersebut yang
acap kali diperkenal itu mengandungi enam jenis acara yang
dipertandingkan antaranya:
- Men's full contact sparring (up to 71 kg)
- Women's full contact sparring (up to 52 kg)
- Men's anyo one stick individual (Single stick form)
- Women's anyo one stick individual (Single stick form)
- Men's anyo two sticks team (Double stick synchronized team form)
- Women's anyo two sticks team (Double stick synchronized team form)
Filipina
yang agak optimis mampu menggondol emas untuk keenam-enam acara,
gagal menepati sasaran malah hanya sekadar mampu meraih tiga pingat
emas dan tiga pingat perak sementara, Vietnam yang masih baru dalam
sukan tradisional ini menyerlah dengan menyamai jumlah pungutan
pingat Filipina, 3 emas dan 3 perak.
Lagi
membanggakan apabila negara seperti Timor Leste yang tidak mempunyai
sebarang asas dalam sukan Arnis dan hanya berlatih seminggu sebelum
Sukan SEA Manila bermula berjaya memungut 3 pingat gangsa dan hal ini
mendapat reaksi yang agak baik dari pihak penganjur dan menyifatkan
pengenalan sukan tradisional seperti Arnis ini mampu melonjakkan lagi
seni budaya sesebuah negara ke arah positif selain dapat mencontohi
beberapa sukan mempertahankan diri dari Asia Timur seperti Karate,
Judo, Wushu dan Taekwondo yang kian menjadi acara sukan tumpuan
dunia.
Namun,
di sebalik kejayaan Arnis diangkat selaku sukan tradisional yang
berjaya mencapai misi dan visi pihak penganjur, sesetengah wakil
negara lain beranggapan pengenalan sukan tradisional seperti ini
seakan tidak relevan dalam memantapkan atlit serantau dengan acara
sukan bertaraf dunia atau olimpik.
Tambahan
lagi, selain sukan Arnis, sepanjang penganjuran Sukan SEA juga,
terdapat beberapa sukan tradisional yang turut dipertandingkan
antaranya Pencak Silat yang kian mendapat sambutan negara terbabit
selain menjadi antara acara wajib dipertandingkan di Sukan SEA sejak
1977 lagi. Muay Thai dan perlumbaan bot tradisional juga menjadi
antara acara wajib dipertandingkan. Malaha terbaru di Sukan SEA
Palembang lebih banyak lagi acara sukan baru yang dipertandingkan
antaranya Vovinam, Kenpo dan Bridge yang mana sukan-sukan seperti ini
masih asing lagi di kalangan orang ramai.
- Vovinam (Sukan mempertahankan diri dari Vietnam)
Penganjuran
Vovinam mula diperkenalkan selaku sukan teras di Sukan SEA pada
temasya Sukan SEA di Palembang/Jakarta 2011 yang mana sukan ini masih
lagi asing di kalangan negara anggota Sukan SEA, dan penglibatan
sukan ini sedikit menarik minat ramai dan segelintir memberikan
reaksi yang agak negatif akan kemasukan sukan ini.
Namun,
menerusi penganjuran sukan ini di Sukan SEA Palembang 2011, Vovinam
seakan diketahui umum dan seterusnya mendapat perhatian ramai
sehinggakan ketika sukan inin dipertandingkan di Sukan SEA 2011,
banyak negara yang menyertai sukan baru ini antaranya Vietnam,
Indonesia, Kemboja dan juga Laos dengan lebih 14 acara
dipertandingkan. Antaranya:-
- Teknik Serangan Kaki Putra
- Teknik Pertahanan Putri
- Tunggal Bersenjata Putra
- Tunggal Bersenjata Putri
- Tunggal Tangan Kosong Putra
- Tunggal Tangan kosong Putri
- Tarung 55 Kg Putra
- Tarung 55 Kg Putri
- Tarung 60 Kg Putra
- Tarung 50 Kg Putri
- Regu Bersenjata Putra
- Regu Bersenjata Putri
- Ganda Bersenjata Putra
- Ganda Bersenjata Putri
Dalam
keempat belas-empat belas acara yang dipertandingkan Vietnam muncul
juara keseluruhan dengan memungut lima pingat emas dan tujuh perak
sementara Indonesia di tangga kedua dan Kemboja di tangga ketiga.
Biarpun rata-rata negara ASEAN yang lain mampu meraih pingat, namun
penyertaan yang sedikit seakan mencerminkan betapa asingnya sukan
tradisional ini dari pengetahuan negara-negara anggota Sukan SEA.
Walaubagaimanapun,
Sukan Vovinam masih lagi dikekalkan di Sukan SEA edisi 2013 di
Myanmar yang mana pihak penganjur merasakan penyenaraian sukan ini
mampu memberi ruang buat Myanmar meraih lebih banyak pingat biarpun
edisi sebelumnya, Myanmar tidak menghantar sebarang wakil bagi sukan
Vovinam.
Kontroversi on SEA
Games:
Sepanjang
penganjuran Sukan SEA, edisi 2005 menjadi antara penganjuran paling
mendapat kontroversi dari segi reaksi wakil-wakil negara yang mana
kejayaan Filipina meraih kedudukan terbaik keseluruhan menimbulkan
keraguan terhadap rata-rata wakil negara, dan yang paling lantang
menyatakan hal tersebut pastinya Perdana Menteri Thailand, Thaksin
Sinawat yang merasakan pihak penganjur lebih mengutamakan kejayaan
menggondol lebih banyak pingat dari mementingkan persaingan ke arah
menjana semangat kesukanan yang tinggi. Namun, hal ini mendapat
reaksi yang agak bercampur baur tambahan pula insiden seperti ini
masih lagi berlarutan sehingga baru-baru ini penganjuran Sukan SEA
di Myanmar hujung 2013 ini seakan menggemparkan rata-rata wakil
negara Sukan SEA yang menyifatkan penguguran sukan gimnastik dan
badminton sebagai satu kerugian kerana dua sukan tersebut merupakan
sukan bertaraf olimpik.
Mengimbas
kembali pada Sukan SEA edisi di Korat, mutu pengadilan yang sangat
rendah ditambah kepentingan tuan rumah dalam menyebelahi atlit mereka
tampak ketara dengan mudah menyusun jadual sukan dengan
sewenang-wenangnya untuk keselesaan wakil tuan rumah selain, acara
sukan yang diadili secara subjektif mudah dieksploitasikan pihak tuan
rumah. Hal ini seakan menyimpang jauh dari objektif awal penganjuran
sukan terbesar di Asia Tenggara sekaligus membantutkan pembangunan
atlit di rantau ini.
Berdasarkan
petikan artikel yang dikarang oleh wartawan Utusan Malaysia:-
“Kes
tinju di Korat misalnya adalah berpunca daripada faktor dendam.
Thailand memendam rasa apabila mereka menganggap diperlakukan secara
tidak adil ketika di temasya 2005. Untuk meleraikan dendam tersebut,
mereka bertindak melakukan lebih teruk daripada itu di mana akhirnya
menyaksikan semua pingat acara tinju lelaki dimenangi oleh Thailand
selepas enam petinju Filipina memulaukan perlawanan akhir acara itu.
Jika
dendam menjadi ‘duri dalam daging’ kepada temasya ini, ia tidak
akan berkesudahan sampai bila-bila dan akan menjadi api dalam sekam
atau seperti gunung berapi yang menunggu untuk meletus jika tidak
dibendung. Setakat ini dalam insiden beberapa kes rasa tidak puas
hati, ia berakhir dengan bantahan dan paling serius pun membaling
kerusi dan botol air ke dalam gelanggang pertandingan.
Tetapi
jika dendam menjadi teras, sampai bila semangat kesukanan itu boleh
bertahan apatah lagi untuk diselesaikan menerusi sikap profesional,
semangat setiakawan dan hubungan erat antara negara bertanding. Semua
faktor ini perlu diambil kira. Temasya seperti ini bukan hanya
berkaitan kemenangan dan pingat emas tetapi perlu dilihat dalam
konteks mewujudkan persaingan sihat demi pembangunan sukan di rantau
ini.
Sewajarnya
Thailand, Filipina, Brunei, Indonesia, Singapura, Malaysia, Laos,
Vietnam, Kemboja, Myanmar dan Timor Leste kembali duduk semeja
membincangkan semula hala tuju Sukan SEA.”
Mohd
Taufek Razak, Utusan Malaysia
Hal
ini secara jelasnya menunjukkan sikap kurang profesional yang
dipersembahkan oleh pihak penganjur dan kesannya, pembangunan sukan
serantau akan terbantut dan tidak mampu menyaingi kemampuan gergasi
besar sukan dunia seperti China, Jepun, Rusia dan Amerika Syarikat.
Hal yang demikian menyebabkan Sukan SEA dicanang sebagai sukan yang
menampilkan lebih sisi rekreasi dari penganjuran sukan yang mampu
diungkap selaku sukan yang punyai kaliber dan standard sehebat Sukan
Asia, Komenwel dan jauh sama sekali Sukan Olimpik.
Selain
daripada kontroversi seperti mutu pengadilan yang rendah, sikap berat
sebelah pihak penganjur, dan sebagainya, kebanyakkan penganjur Sukan
SEA juga berhadapan dengan masalah dana yang tidak mencukupi dan hal
ini menyebabkan rata-rata sukan yang dipertandingkan tidak menepati
piawaian yang ditetapkan badan sukan antarabangsa. Seterusnya juga,
semangat kesukanan yang kurang memberangskan dipamer atlit yang
bertanding menyebabkan objektif sebenar Sukan SEA dalam mempromosikan
perpaduan melalui sukan di kalangan negara anggota seakan tidak
berjaya dan gagal dicapai.
Sincerely, i am still undergoing this research as this is for the used of the upcoming program by the working station that I am working with now. So, enjoy your reading and hopefully you guys can reply me a feedback on whatever good for the development of my blog! Love :)
No comments:
Post a Comment