THE VOICE MUSIM KE-5:
Top 12 : Pentas pamer aksi menakjubkan....
Its quite a long time since x update blog ni. but anyhow, i came back dengan new review tentang The Voice musim ke-5. Apa yang menariknya musim ini adalah, all original coaches are back dan pastinya musim kali ini padat dengan kelainan dan keunikan yang tersendiri. Lihat sahaja pada personaliti keempat-empat coaches musim ini, All of them back dengan dahagakan kejayaan.
Tiga musim berturut-turut Blake Shelton meraih kejuaraan dan pastinya musim kali ini beliau akan cuba sehabis baik untuk muncul juara namun Christina Aguilera dan Cee Lo Green pastinya tidak akan memberikan laluan mudah begitu juga dengan pelantun Maroon 5, Adam Levine yang mendambakan kejuaraan kedua The Voice!
Lets review the Top 12:
Penilaian berdasarkan : Vokal-35, Persembahan-20, Penampilan-20, Media Sosial-15, X-Factor-10
Team Blake Shelton : Ray Boudreaux
Memang tak dapat dinafikan Ray antara calon favorite untuk menang dek kerana pakej yang dimiliki. Namun adakah cukup dengan hanya bersandarkan kepada rupa paras yang menawan? Tetapi Ray Bordeaux tetap berjaya menampilkan persembahan yang quite segar dan penuh emosi and for that :-
Vokal : 26
Persembahan : 14
Penampilan : 18
Media Sosial : 9
X-Factor : 7
Total : 74%
Team Blake Shelton : Austin Jenckes
Sekali pandang, Austin kelihatan seperti seorang folk-genre star dan kehadirannya dalam the Voice begitu mengujakan. Vokal yang unik dan penuh artistik membuatkan dia quite likeable.. But somehow, semakin hari dia semakin tenggelam. Adakah disebabkan oleh other contestant development? :-
Vokal : 24
Persembahan : 14
Penampilan : 16
Media Sosial : 8
X-Factor : 9
Total : 71%
Team Blake Shelton : Cole Vosbury
Melihat kepada Cole, imej dan auranya seakan memperlihatkan kematangannya dalam industri seni dan tidak kisahlah dia berjaya memikat hati Blake Shelton yang menyelamatkan dirinya dari tersingkir. Cole secara totalnya masih perlu memperbaiki sisi persembahan yang agak bosan dan kurang mantap namun A+ untuk emosi dan projection suara :-
Vokal : 28
Persembahan : 12
Penampilan : 15
Media Sosial : 11
X-Factor : 8
Total : 74%
Team Cee Lo Green : Jonny Gray
Bekas tentera yang pernah berkhidmat di sekitar negara Timur Tengah ini berjaya menghidupkan imej rock and roll di dalam dirinya dan persembahan yang sering dipersembahkan begitu bersahaja dan padat dengan aura tersendiri. Namun adakah dia berjaya memikat peminat dengan hanya sekadar bersandar kepada kehalusan persembahan? :-
Vokal : 23
Persembahan : 16
Penampilan : 16
Media Sosial : 9
X-Factor : 6
Total : 70%
Team Cee Lo Green : Caroline Pennell
Gadis muda berusia 17 tahun ini tidak pernah gagal memberikan persembahan menarik sekaligus memberi ruang buat dirinya menjadi antara pencabar terkuat The Voice musim kali ini. Alunan vokal yang bersahaja tetapi penuh makna menggambarkan betapa spontaneous-nya peserta ini. Namun jika diamati kini, persembahan Caroline semakin kurang menyengat dari sebelumnya :-
Vokal : 30
Persembahan : 15
Penampilan : 16
Media Sosial : 13
X-Factor : 7
Total : 81%
Team Cee Lo Green : Kat Robichaud
"Kuasa Wanita" itulah perkataan yang paling sesuai menggambarkan betapa hebatnya Kat beraksi di pentas. Sering menampilkan sisi edgy dalam setiap persembahan, Kat dilihat bakal mewarnai industri hiburan Hollywood sehebat artis seperti Amy Lee namun secara konsistennya vokal Kat masih belum dapat bersaing rapat dengan peserta Top 12 lain :-
Vokal : 22
Persembahan : 19
Penampilan : 18
Media Sosial : 10
X-Factor : 8
Total : 77%
Team Adam Levine : Tessanne Chin
Berasal dari Jamaica pastinya memberi ruang buat artis berjiwa soulful-reggae ini untuk menguasai setiap genre lagu dan pastinya dia berjaya dengan kehebatan vokal yang tiada tandingan. Letak sahaja Tessanne di pentas tanpa sebarang props, pastinya dia berjaya memberikan persembahan terbaik namun dari segi x-factor, dia masih lagi belum mencapai sasaran genre yang ingin dibawa dan adakah nasibnya seakan sama dengan peserta musim lepas Judith Hill ? :-
Vokal : 32
Persembahan : 17
Penampilan : 17
Media Sosial : 13
X-Factor : 6
Total : 85%
Team Adam Levine : Will Champlin
Pastinya Will yang dua kali berjaya mengharungi pusingan kalah mati dengan penuh bergaya menjadi peserta paling bertuah apabila berterusan mendapat sokongan penuh coaches musim kali ini dan pastinya kehebatan vokal yang tidak dapat disangkal menyebabkan dia berjaya tersenarai dalam kumpulan Top 12, namun adakah dia mempunyai X-factor yang dicari? :-
Vokal : 30
Persembahan : 16
Penampilan : 14
Media Sosial : 8
X-Factor : 7
Total : 75%
Team Adam Levine : James Wolpert
Keunikkannya tiada tandingan dan pastinya dia sering berjaya menampilkan aksi yang agak bertenaga dan bersahaja namun dari segi konsistensi, James gagal memberikan persembahan yang agak 'fair' dalam setiap persembahan. Namun dari segi penerimaan sosial, James pastinya menjadi pencabar paling digeruni di dalam pertandingan musim ini :-
Vokal : 30
Persembahan : 15
Penampilan : 18
Media Sosial : 12
X-Factor : 7
Total : 82%
Team Christina Aguilera : Josh Logan
Memang tidak dapat disangkal Josh merupakan antara peserta soulful paling kreatif dalam menampilkan aksi segar dan bertenaga namun Josh kerap kali dilihat melantunkan vokal run yang sedikit menjengkelkan, tetapi berterusan menampilan aksi persembahan yang layak dilabelkan selaku persembahan 'Wajib tonton'. Namun penerimaan peminat terhadap Josh juga sedikit kurang konsisten :-
Vokal : 26
Persembahan : 16
Penampilan : 17
Media Sosial : 10
X-Factor : 7
Total : 76%
Team Christina Aguilera : Matthew Schuler
Matthew sering diangkat selaku pencabar utama the Voice musim kali ini. Sering menampilkan persembahan bertenaga disulam dengan kebolehan mempelbagaikan range vokal, menyebabkan Matthew layak dipanggil front runner musim ini. Namun kadang kala Matthew dilihat sedikit over confident dan mungkin hal ini mampu menidakkan peluangnya untuk menjuarai pertandingan penuh berprestij ini? :-
Vokal : 34
Persembahan : 17
Penampilan : 18
Media Sosial : 13
X-Factor : 8
Total : 90%
Team Christina Aguilera : Jacquie Lee
Peserta termuda dalam The Voice kali ini pada mulanya sedikit kurang meyakinkan namun persembahannya di peringkat Blind Audition dan Knockout berjaya menjadikannya 'someone-to-watch' lebih-lebih lagi di pusingan play-offs yang menyaksikan Jacquie berjaya menampilkan aksi bertenaga. Namun adakah usianya yang sedikit muda mampu mengatasi peserta-peserta lain yang lebih berpengalaman ? :-
Vokal : 33
Persembahan : 18
Penampilan : 18
Media Sosial : 13
X-Factor : 8
Total : 90%
Mengikut review dan penilaian yang telah dilakukan, keputusan awal The Voice Musim ke-5 Adalah :
1. Matthew Schuler 90% (Team Christina Aguilera)
1. Jacquie Lee 90% (Team Christina Aguilera)
3. Tessanne Chin 85% (Team Adam Levine)
4. James Wolpert 82% (Team Adam Levine)
5. Caroline Pennel 81% (Team Cee Lo Green)
6. Kat Robichaud 77% (Team Cee Lo Green)
7. Josh Logan 76% (Team Christina Aguilera)
8. Will Champlin 75% (Team Adam Levine)
9. Cole Vosbury 74% (Team Blake Shelton)
9. Ray Boudreaux 74% (Team Blake Shelton)
11. Austin Jenckes 71% (Team Blake Shelton)
12. Jonny Gray 70% (Team Cee Lo Green)
P/S : However, keputusan agak sedikit sengit dan pastinya anything could happen!
No comments:
Post a Comment